Thursday 29 August 2013

Sekadar Luahan

Aku seorang perempuan , dan aku tak punya apa apa selain itu . Aku selalu mencuba untuk membahagiakan orang lain , sampai aku sering terlupa bahawa aku telah banyak kali menikam souls aku sendiri . Kadang kala , aku rasa kekosongan . Aku rasa asing dengan semua orang . Aku rasa mahukan ruang untuk bersendiri . Aku suka , eh bukan . Aku tak suka , tapi air mata tu tetap mengalir jugak . Aku sering meletakkan harapan , dan harapan itu hancur menjadi serpihan serpihan yang mencucuk cucuk jantung . Aku sering menyayangi orang , dan aku kecewa akhirnya . Kenapa semua ni selalu menghimpit aku ?

Dan aku suka memahami orang lain , tapi diri aku sendiri ? Aku biarkan tanpa sesiapa pun memahami . Hanya kekasihku , Allah yang memahami , bahawa aku terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan namun aku pendam menjadi buku di dalam diri . Hatta ibu aku , ayah aku , kawan kawan , atau suatu hari nanti , suami aku pun tak mungkin mampu memahami aku .

 Terkadang air mata seakannya mengalir sendiri tanpa sebab . Aku kecewa dengan apa yang aku sendiri harapkan . Aku cuba nak abaikan perasaan yang aku rasa , tapi , air mata siapa mampu tahan ? Aku rasa macam aku yang kat dalam diri dah mati . Tinggal fizikal aku yang masih teguh bertahan . Aku tak tahu bila semua ni akan berakhir . Aku dah letih jalani hidup macam ni .

Aku Tak ada ape yang kurang . Aku ada ayah yang sayangi aku , aku ada ibu yang cintai aku , aku ada allah yang sentiasa bersama sama aku . aku ada apa yang aku mahu , aku ada segalanya . Tapi kenapa jiwa aku masih kosong ? seakannya aku baru sahaja dihidupkan semua dari kematian yang menyiksakan. Perlahan lahan aku rasa hati dan jamtung aku di mamah oleh rasa yang lali . rasa yang entah apa . Aku . .

No comments:

Post a Comment